|
|
![]() |
||
![]() |
|||
|
Wei... apa aku nak nyembang hari ni erk.... owh aku nak bg tau aku dah tak braper ingat kat org nama acd tu... coz kalau aku ingat pon buat sakit ati sendiri jer... aku try lah cam ner nak mulakan hidup baru tanpa dia... lagi pon naper nak sedih jer bukan apa aku ni dah la rabun kalau nangis jer lelama abis air mata aku tu sapa nak ganti.. kalau aku buta sapa nak jadi tongkat aku sepanjang hayat???? ada ker org syg aku lagi masa tu bila mata aku dah buta... belum tentu lagi tau... sementara pancaindera yg Allah bagi ni masih berfungsi aku cuba sedaya upaya untuk menjaganya dengan baik... aku cuba nak jadi org yg berguna pada agama bangsa dan negara hehehe.... eh betul ni aku tak memainlah... herm aku rasa ahad ni nak g tasik ttwangsa lah jap tu pon kalau ada geng kalau takde cek dok umah jerlah.... nak main ngan anak buah dia balik kg perak so tak dptlah..... kekawan pengakap plak takde yg ajak g memana... wei nak wat keje dah... bebila free aku sambung citer arrr daaaa..... :)
oren_segar dreamt at Wednesday, July 26, 2006 on Wednesday, July 26, 2006 ada nak komen?? Honeybee Assalamualaikum pembuka bicara.... Hari ni aku terjaga sebab termimpikan Acd.... semalam pon aku mimpikan dia... knapa sesah sangat nak lupakan dia nak tinggalkan dia... bukan aku tak cuba dah banyak kali aku cuba... kalau dia tak hadir dlm realiti dia akan hadir dlm mimpi... apakah makna semua nie... aku cukupē sayangkan dia dlm hati nie memang dia bertakhta.... tp dia sendiri ego... keegoannya itu buat aku tersiksa... kini aku ingin terus cuba untuk melupakannya dr hidup aku... biarlah semuanya berlalu... aku inginkan hidup baru... agar tenang hati ini...... pada sesiapa yg membaca coretanku ini doakanlah kebahagiaan ku...
oren_segar dreamt at Monday, July 17, 2006 on Monday, July 17, 2006 Comment (1) Honeybee Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta......ia bukan?passport? untuk anda difahami; Tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ?passport?untuk anda mengambil itu dan ini; Tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda Didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 untuk mengukur; tetapi untuk anda menyintai oren_segar dreamt at Monday, November 14, 2005 on Monday, November 14, 2005 ada nak komen?? Honeybee
hari nie aku rasa kesunyian kesorangan.... oren_segar dreamt at Friday, October 07, 2005 on Friday, October 07, 2005 ada nak komen?? Honeybee dia hanya pinjaman....buat seketika menghuni hatiku dengan sejuta kegembiraan....andai dia pergi keranaNya....aku redha....dan andai dia hadir keranaNya...aku jua redha....kerana...seluruh hidupku ini...dalam rindu dan sayang....jua hanya keranaNya....pun..telah kutekadkan...hanya dia di hati ini....kerana...aku ikhlas....menyayanginya.....dia satu-satunya... oren_segar dreamt at Friday, October 07, 2005 on ada nak komen?? Honeybee
|